Senin, 24 Maret 2008

ILMU TAJWID

PELAJARAN ILMU TAJWID

Nun dan Tanwin.Nun Tanwin, yaitu:Nun yang tidak berbaris, bacaannya tergantung dengan huruf yang datang berikutnya.Nun Tanwin (baris dua), yaitu:Nun sukun tambahan yang terdapat di akhir kata jika kata tersebut dilafalkan atau disambung dan hilang jika kata tersebut ditulis atau dijadikan tempat berhenti. Tandanya: dua dhammah atau dua fathah atau dua kasrah Nun sukun yang terjadi dari tanwin ini diperlakukan sama seperti nun sukun dalam cara membacanya.Catatan: Apabila ada nun sukun atau tanwin dan sesudahnya terdapat hamzah washal, maka kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan izhar, idgham, iqlab atau ikhfa, akan tetapi harus dibaca kasrah untuk menghindari bertemunya dua huruf yang sukun, kecuali huruf nun pada –anggota huruf jar (huruf bahasa Arab)-, maka huruf nun tersebut harus dibaca fathah untuk menghindari bertemunya dua huruf yang sukun, karena beratnya pindah dari baris kasrah ke baris fathah.Catatan lain: Ketentuan-ketentuan yang terdapat pada nun sukun atau tanwin hanya terjadi pada waktu washal (bersambung) saja, bukan pada waktu wakaf (berhenti). Petunjuk: Pilih & Klik Diagram dengan Latar Belakang Warna Kuning ! Definasi Ilmu Tajwid:
* Segi Bahasa ialah Memperelokan sesuatu
* Segi Istilah ialah Mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya

Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid :* Hukum mempelajarinya adalah fardhu Kifayah* Manakala mengamalkannya adalah Fardhu Ain (wajib) seperti ketika seseorang itu ingin membaca Al-Quran .
Dalil : Surah Al-Muzzammil Ayat (4)Maksud: Dan bacalan Al-Quran dengan " Tartil "

Faedah Mempelajari Ilmu Tajwid :
1) Ilmu Tajwid merupakan semulia-mulia dan sebaik-baik ilmu pengetahuan, kerana ia berkaitan terus dengan Qalam Allah .2) Dapat memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran3) Mengharapkan keredhaan Allah S.W.T serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .4) Merupakan satu tanggung jawap yang harus dilaksanakan sebagai seorang muslim walaupun hukum asalnya Fardhu Kifayah.

KESALAHAN KETIKA MEMBACA AL-QURAN
1) Kesalahan Yang Nyata (terang)* Kesalahan pada sebutan atau menukar huruf ayat Al-Quran
* Kesalahan pada tanda atau menukar baris bacaan ayat Al-Quran
**Hukumnya Berdosa dan Haram. Jika dibawa ketika solat maka tidak sah solatnya

2) Kesalahan Yang Tersembunyi
* Kesalahan yang tidak membawa perubahan makna Al-Quran
contohnya : Meninggalkan dengung, Kadar harkat tidak sempurna atau sifat huruf
**Hukumnya Makruh dan hendaklah meninggalkannya. Manakala tidak sampai kepada membatalkan solatnya.


HUKUM BACAAN ISTI'AZAH
Hukum : Sepakat jumhur ulamak hukum membaca Isti'azah ketika hendak memulakan bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut) ,
Dalil : Surah An-Nahl Ayat (98)Maksud : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.
Cara bacaan : ( 4 wajah bacaan )
1) Berhenti pada isti'azah……..pada Bamalah…..dan pada Awal Surah.2) Berhenti pada Isti'azaah…..kemudian Disambung bacaan Basmalah dgn Awal Surah3) Disambung Isti'azah dgn Basmalah dan berhenti….,Kemudian Awal Surah4)Disambung ketiga-tiga keadaan dengan satu nafas.
** 3 tempat : i) lafaz isti'azah ii)lafaz Basmalah iii)Awal Surah

HUKUM BACAAN BASMALAH
Hukum :
Para Ulamak Qurra' bersepakat harus hukumnya membaca Basmalah ketika memulakan bacaan Awal Surah kecuali pada Surah At-Taubah sahaja meninggalkan bacaan Basmalah

Cara Bacaan : ( 3 wajah )
1) Berhenti pada Akhir Surah….pada Basmalah….dan Awal Surah seterusnya
2) Berhenti pada Akhir Surah…dan sambung Basmalah dengan Awal Surah seterusnya
3) Menyambung ketiga-tiga tempat dengan satu nafas.
** 3 tempat..i) Akhir Surah ii) Lafaz Basmalah iii) Awal Surah

Cara Bacaan pada Surah At-Taubah : ( 3 Wajah )
1) Berhenti di akhir Surah Al-Anfal…dan mulakan Awal Surah At-Taubah dengan nafas baru.
2) Saktah (berhenti sebentar tanpa bernafas) pada Akhir Surah Al-Anfal dan sambung Awal At-Taubah
3) Sambung Akhir Surah Al-Anfal dengan Awal Surah At-Taubah
WAQAF ( وقف ).
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

1- Waqaf Lazim( الوقف اللازم )/ Waqaf Tam( الوقف التام ).Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )
2- Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) الوقف الجائز .Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).
2.1- Waqaf Kafi( الوقف الكافي ).Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya( قلي ).2.2- Waqaf Tasawi( وقف التساوي ).Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ).2.3- Waqaf Hasan( الوقف الحسن ).Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya( صلي ).

Tidak ada komentar: